Nikmat Allah Amat Berharga

SubhanaAllah.......................

Assalamualaikum dan hai semua .

 Ya Allah..
kami bersyukur padaMu..
atas nikmat yang Kau berikan pada kami...
nikmat pendengaran. nikmat penglihatan. nikmat sentuhan. nikmat untuk bercakap.
terlalu berharga nikmat kurniaan Mu Ya Rabbi.
Alhamdulillaah...

Ya Allah..
kami bersyukur padaMu..
atas kesenangan dan ketenangan yang Kau kurniakan pada kami..
bebas tanpa peperangan seperti mana yang berlaku di negeri Mu yang lain..
kami masih boleh menghirup udara segar dan nyaman..
namun jauhkanlah kami dari lalai mensyukuri apa yang telah Kau kurniakan pada kami..
Astagfirullahhal'aaziim.

Ya Rabbi..
kami bersyukur di kurniakan kedua ibu bapa yang baik..
tanpa mereka tiada kami di dunia Mu ini..
dan dengan kebesaran Mu Ya Rabbi kami berusaha menjadi penyambung umat kekasihMu..
lindungilah mereka dan golongkanlah mereka dalam orang2 yang beriman..
harta yang paling bermakna dalam hidupku..
Allahu Akbar..

Wahai rakan,
Janganlah kamu terlalu leka seleka-lekanya ketika di dunia..
dunia hanya gurau dan permainan buat kamu..
Ayuh bangkitlah menjadi muslimin dan muslimat sejati..
sederhanakanlah hidupmu..
jayakanlah kehidupanmu di dunia..
dan kejarilah akhirat,  kelak dunia akan mengejarimu..

Jangan sibuk mencari yang SOLEHAH..tapi berusahalah untuk jadi yang SOLEH

Jangan sibuk mencari yang SOLEH..tapi berusahalah untuk jadi yang SOLEHAH


Tinggal beberapa hari lagi keputusan final nak keluar..rasa takut nie jangan cakaplah..saya takut saya tak dapat bahagiakan mak ayah saya..jasa mereka terlalu banyak untuk saya..sakit jatuh bangun saya di matrik..mak ayah saya tak putus doakan saya..risaukan saya..saya ingat lagi last minit saya nak exam..saya tak dapat nak fokus..rasa nak beribadah pun malas..saya takde semangat langsung lebih lagi2 tengok kawan2 saya belajar hard..hari2 saya nanges kerana takutkan exam final..sampaikan setiap minggu terakhir tu mak ayah datang bawakkan saya air bacaan Al-Quran..saya tak study kat bilik saya..saya study kat surau blok..lagi senyap dan sunyi..Alhamdulillah...saya berjaya menghadapinya..dan saya cuma tawakkal .Doa kan senjata orang mukmin.. Maka, saya ada doa. Dan itulah yang saya mampu buat ...



Mujahadah itu tidaklah senang seperti yang di sangkakan..semuanya kerana kemanisan syurga itu sendiri..
Alah bisa tegal biasa...Sikit2 lama jadi bukit.
Assalamualaikum..




kalau comel like taw!

No comments :

Post a Comment